Monday, November 23, 2009

Busuk Hati.


Kenapa orang suke busuk hati pada darah daging sendiri ek?
Mungkin sebab masa kecil ibu bapa tak bagi kasih syg y same rata spt batu bata.
Atau mugkin mase kecil ibu bapa suka membeza-bezakan antara satu sama lain.
Dan mungkin juga kerana hati tu sendiri sudah bertukar dari wangi kepada busuk sebab semua hasad jasad dengki dgn kebencian sudah bergumpal macam darah bergumpal.
Dan bila sampai satu tahap, fitnah-menfitnah darah daging sendiri,ngumpat-mengumpat sambil menganyam ketupat dah menjadi kebiasaan dan rutin harian yang mana kalau sehari tak menjalankan rutin harian tu memang tak sempurna hidup,macamla rutin2 tu sewajib rukun2 yang sememangnya wajib ditunaikan.Pantang ditegur,cepat betul melenting,kalah ranting2.Kalau boleh muka tu nak sapu dengan cuka agar boleh jadi masam mencuka2.Lagi2 bila mak dah tiada,kalau boleh semua benda mesti ikut arahan dia,padahal darah daging yang paling tua pun hanya berdiam diri,inikan pula mahu memberi arahan itu dan ini.Bila soal harta dan wang ringgit,dia la yang terhegeh2 dan kalau boleh mata tu nak bersinar habis macam kalau org terpandang pun boleh buta terus.Macam nilai kasih sayang dan hormat-menghormati yang selama ni ibubapa ajar sia-sia saje.Macam kalau ibubapa tau bila besar hati dia ni jd sebusuk2nye,mesti masa kecil2 dulu ibubapa dah picit2 sampai mati.Mane taknye,langsung tak boleh tengok org bahagia,ade saje taktik2 jahat dia.Nikan pulak yang sememangnya sudah tak bahagia,lagi dia lagakan supaya terus porak peranda.iskiskisk.Kalau boleh semua orang dia nak hasut supaya memasuki kelab hati busuk dia tu.Dan yang tak tahannya,ramai pulak yang bodoh termakan ganjaran yang ditawarkan oleh presiden kelab busuk hati tu.iskiskisk.Rupa2nya,ada juga spesis macam ni kat dunia ni,dan yang sadisnya lagi,terdapat ramai lagi spesis2 yang seangkatan dengannya.iskiskisk.

p/s:perlu ke busuk ati?iskiskisk.






No comments:

Post a Comment

mengomel